DULU
kita tak pernah bersua muka,
kita tak pernah kenal hati dan rupa,
tetapi yang pasti,
kita manusia dari asal usul yang sama,
miliki hati, naluri dan jiwa.
sedang berjuta batu memisahkan kita,
kerana sifat ingin tahu yang bergelora,
kita gagahkan juga meluangkan waktu bersama,
walaupun hanya di alam penuh dengan pura-pura,
semata mata memenuhi hasrat hati yang dikatakan cinta.
KINI
kita masih tidak dapat bersua muka,
masih terpisah lautan dan benua,
lalu "aku tertanya tanya"
adakah kau miliki personaliti yang sama?
atau aku yang mula berubah rentak bicara?
aku diam bukan sengaja,
aku menghilang bukan dipinta,
tetapi aku percaya pada yang Esa,
jika kataNYA ada, maka adalah ia.
lalu aku kirimkan Al-Fatihah buat dirimu,
sama seperti yang aku pernah lakukan dulu,
untuk mengubat satu perasaan asing,
yang mula dikatakan rindu.
**ALFATIHAH**
No comments:
Post a Comment