Wednesday, April 10, 2013

#34 keinginan


Assalamualaikum.

What's up dudes? Hmmm bila dah cuti ni, memang galak la aku nak buat karangan panjang berjela. Maaf la menyemak home blogger korang dengan post aku je *padahal takdela banyak mane pon, krik krik* hihi ni semua sebab kebosanan cuti mid sem seminggu. Mohon kalian faham, tengkiuuu ;) Well said, straight to the point. Sedar tak sedar, harini dah 10 April. Emm emm, am growing up and reaching twenty. Ya Allah, dah nak doploh tahun hidup rupanya. Bila dah duduk sorang sorang macam ni, senang sangat jadi FBI dekat diri sendiri. Tanya itu ini, senyum sorang diri, kesal ape yang dah jadi. Maka, bermulalah sesi muhasabah diri.

Orang kata bila umur dah tua, dah lanjut ni suka mintak macam macam. Manusia, memang tak pernah kenal erti puas. Aku pun termasuk la golongan tu sebab aku pun dah nak dekat dua dekad. Boleh dikira umur lanjut ni, tapi still nampak awet muda KOT. Wink ! ;) Hehe selama ni, selalu tengok , selalu baca wishlists member member. Seronok jugak baca benda benda macam ni sebab kita tahu apa yang dorang nak, apa yang dorang nak capai. Senang cite, nampak la ada wawasan, ada azam hidup. Tapi aku ??

aku tak pernah azam yang betul betul tekad
sebab, yang lama lama dulu pun tak tercapai lagi
HOW BOUT WISHLISTS? takkan takde kottt
ade memang ade, tapi tak pernah pulak nak senaraikan
mungkin, sebab banyak sangat heee :D

Maka, terciptalah anjakan paradigma dalam diri. Harini terasa nak listkan ape yang aku nak sangat. Mula lah ngade ngade. Konon konon birthday nak dekat, macam la dapat ape yang aku nakkan sangat tu. Tangan di bahu , mata ke atas. Ce buat sikit, haaa camni camni ;

Woooppps ! I olls pun pandai buat okay ;)

Kalau betul rezeki semua ni ada untuk aku, alhamdulillah.
Mungkin cepat atau lambat je beza dia :)

- sneakers -
- personal laptop -
- own blackberry -
- lesen motor kereta -
- kemeja, jeans, slacks -
- tudung plain semua colour -
( ikut turutan warna LUNA or STABILO yg 36 batang tu :D )

Hmm dah cukup banyak dah tu kot, haha tapi yang paling penting ! Note, paling penting tau !
Birthday aku nanti aku just nak jumpa all my girlfriends, ALL TOGETHER !
To : GIRLS, aspurians of ASJATI, let's meet up. Aku rindu korang !
Especially Nawal Syakirah, miss you badly girl. Kita jumpa kay? PleaseeeeeT.T
Nak macam ni lagi.


Last but not least, thanks for reading this. Love you :*
Got to go, babai. Take care and have a nice day love !
Jazakallah :)


Tuesday, April 09, 2013

#33 waktu


DULU

kita tak pernah bersua muka,
kita tak pernah kenal hati dan rupa,
tetapi yang pasti,
kita manusia dari asal usul yang sama,
miliki hati, naluri dan jiwa.

sedang berjuta batu memisahkan kita,
kerana sifat ingin tahu yang bergelora,
kita gagahkan juga meluangkan waktu bersama,
walaupun hanya di alam penuh dengan pura-pura,
semata mata memenuhi hasrat hati yang dikatakan cinta.

KINI

kita masih tidak dapat bersua muka,
masih terpisah lautan dan benua,
lalu "aku tertanya tanya"
adakah kau miliki personaliti yang sama?
atau aku yang mula berubah rentak bicara?

aku diam bukan sengaja,
aku menghilang bukan dipinta,
tetapi aku percaya pada yang Esa,
jika kataNYA ada, maka adalah ia.

lalu aku kirimkan Al-Fatihah buat dirimu,
sama seperti yang aku pernah lakukan dulu,
untuk mengubat satu perasaan asing,
yang mula dikatakan rindu.

**ALFATIHAH**


Saturday, April 06, 2013

#32 satu ketika


Assalamualaikum

Orang kata jadi baik tu bagus.
Orang kata jadi baik tu mulia.
Orang kata lagi jadi baik tak rugi ape ape.
Orang tua pun pernah kata : biar kita buat baik dekat orang,
orang buat jahat dekat kita takpe.

TAPI SAMPAI BILA NAK JADI BAIK?
*mungkin ada yang kata biar selama lamanya*


Tak disangkal semua teori dan jawapan tu betul. Jadi seorang yang baik tu bagus, mulia dan tak rugi ape ape bila buat baik dengan orang. Cuma kadang kala, manusia tak sedar ape yang kita cuba buat tu satu benda yang baik. Patut ke ditunjuk bila kita buat benda yang baik, atau patut dicanang kebaikan yang dah dibuat? Bagi aku, semua tu tak perlu..

Pengalaman hidup mengajar. Buat satu benda yang baik tu mudah, tapi bukan senang untuk kita mengharapkan balasan yang baik jugak dari orang. Bukan sifat semua manusia meluahkan apa yang terpendam biarpun sakit mahupun berduka. Sampai satu masa, hati kecil mula berbicara pedulikan apa yang mereka rasa. Saat ini si jahat dan si baik mula beradu tenaga. Si baik berkata jangan diikutkan hati yang lara, si jahat pula berkata biar mereka pula yang rasa duka.

Maka, berdoalah pada yang Esa,
agar ditetapkan hati pada agamaNYA,
jangan terpesong dari jalan yang mulia.

Ameen ya rabbal alamin.
Jazakallah