Wednesday, November 06, 2013

#37 adik adik


Bukan senang untuk aku nak lupa segala kenangan pahit , kenangan manis sepanjang lima tahun aku duduk hostel. Hostel aku bukanlah segah asrama asrama lain macam bebudak sekolah SBP, MRSM, TKC, MCKK and others. In fact, lebih kurang sama je lifestyle budak budak asrama ni. Dah kata duduk asrama, cuma asrama kami ni macam specified untuk budak budak yang tak berapa nak pandai sebab kami asrama harian. Choi, diskriminasi betul.

Ehh. Emosi pulak. Haha saje intro nak bagi poyo sikit. Kikiki

Ahhh, rindunya nak berblogging !
Berhabuk debu, sawang, lalang semuanya ada !

Kesian kau wahai encik blog yang disayangi; tempat luahan hati hamba yang paling tak pernah berpaling diri.
Tuan tak layan pun masih ada kekal menanti. Sebab tu aku rindu kau lebih dari rindu si buah hati. Cewahh.
Haha dah mula meroyan sebab dekat rumah takde member nak ajak borak. Ade adik pun lelaki.
Nak bergosip buat tak layan aje. Huh , sakit pulak hati kita.

Back to my intention yang tetiba composing new entry. Pelik jugak aku sebab mampu menaip tanpa berfikir panjang sangat. Sebenarnya, niat aku nak wish bebudak yang nak SPM esok je. Teringat juniors aku yang kat hostel tu. Ehh tak. Sebenarnya aku rindu nak hidup kat hostel. Ehh bukan jugak. Sebenarnya aku rindu kawan kawan aku ;( Ahhh, emosi lagi.

Maka, nah akak buat untuk korang budak budak kecik. Especially for you orang kata. All the best juniors ! Kalau korang tak ingat akak, akak sedih sampai tujuh keturunan. Sampai hati. Failed jawab paper. Haha takdelah, joking ;)


Psst : Akak rindu lah nak marah korang. Ahahahaha. Okay, babai semua ! :*


Monday, June 03, 2013

#36 study week


Assalamualaikum.

Bismilllah. Just a short entry to tell all of you that I'm still exist. Nak update blog, tapi tak tahu nak cerita pasal ape. Memandangkan minggu ni dah start study week, lagi lah bertambah busy. Too many to read and revise before seating for second semester final exam. Sem ni je 20 credit hours, sem depan pun same. Terkejar kejar mencari masa tu perkara biasa. Tapi masih tak cukup :(

Minta jasa baik kalian mendoakan yang terbaik untuk diri ini. Permudahkan urusan untuk jawab semua killer papers. Dan yang penting lepas untuk berjuang untuk semester tiga nanti. Terima kasih. Tidak lupa juga mohon maaf dipinta sekiranya ada terkasar bahasa atau terlepas bicara hingga terguris hati sehingga luka. Sepuluh jari disusun tanda mohon kemaafan. Semoga hari anda ceria sentiasa. May Allah bless.


*mohon doa kalian untuk kesejahteraan ibu yang tengah admit dekat hospital. terima kasih*

Jazakalllah.


Saturday, April 27, 2013

#35 fine



Am I doing fine here? 
Yes, I do.
................................

Ohh no, I'm NOT.
It was a hectic week for me.
Semua benda yang buat, semua tak kena.

Short. Simple and precise;
:: I NEED MY FAMILY ::


p/s :  ape sebenarnye ujian kali ni ?
ShafiqahNadira 

Wednesday, April 10, 2013

#34 keinginan


Assalamualaikum.

What's up dudes? Hmmm bila dah cuti ni, memang galak la aku nak buat karangan panjang berjela. Maaf la menyemak home blogger korang dengan post aku je *padahal takdela banyak mane pon, krik krik* hihi ni semua sebab kebosanan cuti mid sem seminggu. Mohon kalian faham, tengkiuuu ;) Well said, straight to the point. Sedar tak sedar, harini dah 10 April. Emm emm, am growing up and reaching twenty. Ya Allah, dah nak doploh tahun hidup rupanya. Bila dah duduk sorang sorang macam ni, senang sangat jadi FBI dekat diri sendiri. Tanya itu ini, senyum sorang diri, kesal ape yang dah jadi. Maka, bermulalah sesi muhasabah diri.

Orang kata bila umur dah tua, dah lanjut ni suka mintak macam macam. Manusia, memang tak pernah kenal erti puas. Aku pun termasuk la golongan tu sebab aku pun dah nak dekat dua dekad. Boleh dikira umur lanjut ni, tapi still nampak awet muda KOT. Wink ! ;) Hehe selama ni, selalu tengok , selalu baca wishlists member member. Seronok jugak baca benda benda macam ni sebab kita tahu apa yang dorang nak, apa yang dorang nak capai. Senang cite, nampak la ada wawasan, ada azam hidup. Tapi aku ??

aku tak pernah azam yang betul betul tekad
sebab, yang lama lama dulu pun tak tercapai lagi
HOW BOUT WISHLISTS? takkan takde kottt
ade memang ade, tapi tak pernah pulak nak senaraikan
mungkin, sebab banyak sangat heee :D

Maka, terciptalah anjakan paradigma dalam diri. Harini terasa nak listkan ape yang aku nak sangat. Mula lah ngade ngade. Konon konon birthday nak dekat, macam la dapat ape yang aku nakkan sangat tu. Tangan di bahu , mata ke atas. Ce buat sikit, haaa camni camni ;

Woooppps ! I olls pun pandai buat okay ;)

Kalau betul rezeki semua ni ada untuk aku, alhamdulillah.
Mungkin cepat atau lambat je beza dia :)

- sneakers -
- personal laptop -
- own blackberry -
- lesen motor kereta -
- kemeja, jeans, slacks -
- tudung plain semua colour -
( ikut turutan warna LUNA or STABILO yg 36 batang tu :D )

Hmm dah cukup banyak dah tu kot, haha tapi yang paling penting ! Note, paling penting tau !
Birthday aku nanti aku just nak jumpa all my girlfriends, ALL TOGETHER !
To : GIRLS, aspurians of ASJATI, let's meet up. Aku rindu korang !
Especially Nawal Syakirah, miss you badly girl. Kita jumpa kay? PleaseeeeeT.T
Nak macam ni lagi.


Last but not least, thanks for reading this. Love you :*
Got to go, babai. Take care and have a nice day love !
Jazakallah :)


Tuesday, April 09, 2013

#33 waktu


DULU

kita tak pernah bersua muka,
kita tak pernah kenal hati dan rupa,
tetapi yang pasti,
kita manusia dari asal usul yang sama,
miliki hati, naluri dan jiwa.

sedang berjuta batu memisahkan kita,
kerana sifat ingin tahu yang bergelora,
kita gagahkan juga meluangkan waktu bersama,
walaupun hanya di alam penuh dengan pura-pura,
semata mata memenuhi hasrat hati yang dikatakan cinta.

KINI

kita masih tidak dapat bersua muka,
masih terpisah lautan dan benua,
lalu "aku tertanya tanya"
adakah kau miliki personaliti yang sama?
atau aku yang mula berubah rentak bicara?

aku diam bukan sengaja,
aku menghilang bukan dipinta,
tetapi aku percaya pada yang Esa,
jika kataNYA ada, maka adalah ia.

lalu aku kirimkan Al-Fatihah buat dirimu,
sama seperti yang aku pernah lakukan dulu,
untuk mengubat satu perasaan asing,
yang mula dikatakan rindu.

**ALFATIHAH**


Saturday, April 06, 2013

#32 satu ketika


Assalamualaikum

Orang kata jadi baik tu bagus.
Orang kata jadi baik tu mulia.
Orang kata lagi jadi baik tak rugi ape ape.
Orang tua pun pernah kata : biar kita buat baik dekat orang,
orang buat jahat dekat kita takpe.

TAPI SAMPAI BILA NAK JADI BAIK?
*mungkin ada yang kata biar selama lamanya*


Tak disangkal semua teori dan jawapan tu betul. Jadi seorang yang baik tu bagus, mulia dan tak rugi ape ape bila buat baik dengan orang. Cuma kadang kala, manusia tak sedar ape yang kita cuba buat tu satu benda yang baik. Patut ke ditunjuk bila kita buat benda yang baik, atau patut dicanang kebaikan yang dah dibuat? Bagi aku, semua tu tak perlu..

Pengalaman hidup mengajar. Buat satu benda yang baik tu mudah, tapi bukan senang untuk kita mengharapkan balasan yang baik jugak dari orang. Bukan sifat semua manusia meluahkan apa yang terpendam biarpun sakit mahupun berduka. Sampai satu masa, hati kecil mula berbicara pedulikan apa yang mereka rasa. Saat ini si jahat dan si baik mula beradu tenaga. Si baik berkata jangan diikutkan hati yang lara, si jahat pula berkata biar mereka pula yang rasa duka.

Maka, berdoalah pada yang Esa,
agar ditetapkan hati pada agamaNYA,
jangan terpesong dari jalan yang mulia.

Ameen ya rabbal alamin.
Jazakallah


Thursday, February 14, 2013

#31 Birthday Boy and His Solemnization


Assalamualaikum.
Hello, Bonjour, Hye ! ;)
Gemorninggg ! Konon konon Valentine's Day kan, tetiba ade feeling sweet sweet gitu nak update blog :D

Aku ni bukannye rajin nak update blog. Ni semua gara gara pemalas buat karangan time sekolah menengah, ni lah hasilnya. Ayat kucar kacir, berterabur, bersepah and seangkatan dengannya. So, maafin yaa? ;) Tapi, tapi dan tapi kerana kebosanan duduk rumah tak tahu nak buat ape time cuti sem ni, ku gagahkan jari jemari manis ni menari nari atas papan kekunci. And tadaaaaa, ni lah hasilnye ;)

'9TH FEBRUARY 2013'

Hari bersejarah untuk keluarga Uncle Sam sebab anak sulung dah menamatkan zaman bujang pada umur 26 tahun. I take this opportunity to say HAPPY BELATED BIRTHDAY to my big and lovely Along ! Congrats big brother cause you got a wife as your birthday present. You may not read this entry unless you do stalk me. *tapi tak mungkin kot :)

Cakap pasal along dah kahwin ni, sedih pulak tiba tiba. Sebabnya aku paling rapat dengan dia compared to other siblings. Dulu takde duit boleh mintak Along, kadang kadang niat nak bergurau mintak duit pun Along take serious. Siap suruh bagi no akaun lagi. But I wont give him cause I main main je. Handphone yang sekarang pun dia bagi, handphone dulu pun die bagi. So people, dont ask me kenapa sayang sangat dengan handphone C3 Pink tu, even die cikai pun, tapi aku sayang sangat dengan beby pink tu. Jangan berani ada niat nak jual phone den tu kay. C3 boleh connect WiFi jugak. Listen, BOLEH CONNECT. So, takdehal la kalau nak bukak laman sosial tu.  Cikai cikai pon boleh update status FB, Tweet, and so on. Cuma camera tak lawa je laa, mihmihmih ^^ Ape pun, aku appreciate ape yang along bagi.

TAPIIII, lepas ni boleh lagi ke nak manja manja dengan big brother?? *keeps running circle in my head*
Kena fikir and jawab sendirilah gamaknye, ape ape pun you still my best big brother ever. Cuma beza dulu dgn sekarang is marital status. Dulu single, sekarang dah berpunya. Yang penting jangan lupa Allah, adik adik and family. Lepas ni taknak susahkan kau lagi, jaga isteri elok elok. Welcome home kakak baru !! ;)

So, tu je kot untuk introduction. Lebih kurang empat perenggan jugak aku menaip. Not bad :D hihi nah some pictures untuk uolls. Enjoyyyy ! Baju maroon yang aku pakai time birthday @ nikah day Along tu baju tunang Ibu. The fact is kain yg aku pakai tu ketat giloss and lengan baju da senteng. Rupa rupanya size badan ibu time umur 20 lagi kecik dari size aku yg sekarang. OMG, orang dulu badan macam kerengga --'

nonfilter
the bride
the bridegroom
sekali lafaz sahaja, tak sangka :D
will I face the same situation like her? :/
And here is my outfit on that day, cause I already fell in love dgn kain lace :')

Ni semua gambar gambar yang dah ditangkap guna camera Canon biasa tu, tak sempat nak edit edit uolls. Aku upload terus je, senang :D Tunggu next entry pulak untuk gambar gambar yang dah diedit automatically guna software Polaroid yang Boy downloadkan dkt phone Samsung. Stay tuned okay? Babaiiii ;)

Thanks for reading this entry, have a nice day guysss ! <3


Wednesday, February 13, 2013

#30 The Ladybird Closet


Assalamualaikum.

Gadis yang tak gemar update blog sendiri dah mula nak update cerita baru. Haa ape lagi, macam biase la. World biggest problem : tak tahu nak update ape. Fenin kepala I camnih uolls. Setiap kali dah type kena tekan backspace balik sebab ayat tak best. Rasanya one day kena buat entry entitled "NO BACKSPACE BUTTON". Haa time tu rasanye diri sendiri pon tak boleh faham apa diri sendiri dah type, aherher. Whatever okay, whatever ;) 

Harini nak update pasal baju lagi boleh tak? Eceh mentang mentang baru bisnes sikit dah mula penuhkan entry dgn baju bajuan :D Kemon guys, uolls tak kisah pun kann? Haha nak baca, teruskan. Kalau taknak pun takpe, boleh close tab terus. Tapi kalau nak stalk lagi, baca je lah. I tak kisah punn. Geli pulak kita guna I YOU, I YOU ni. Mihmihmihhh ><

Here you are. Tadaaaa ~
TRIBAL CHIFFON
RM 28
SOLD OUT
RM 28
SOLD OUT
RM 28
AVAILABLE
RM 28
SOLD OUT
RM 28
SOLD OUT
RM 30
AVAILABLE

Baju yang ni kain die best sangat. Rasa mcm nak pakai sendiri tapi awal awal lagi da kena sound dgn kakak. Fit from size XS - L sebab bawah die besar. Gambar yang ke 3 dgn ke 4 tu ade renda renda sikit dekat bahu. Ala ala zaman dolu dolu. Gaya gaya mak mak kita katekooo ;) Hihi btw, cantik sangat. Haritu nak restock pon banyak yang da habis. Tinggal corak yang tak cantik. Ni pun tinggal DUA je lagi, hurry grab yours now. Murah sangat I bagi dekat uolls. Try tengok dkt Instagram or Facebook, bandingkan harga mereka dengan harga kami. Peace ^^y

Rasanya itu je dulu kot untuk entry kali ni. If interested, do Whatsapp 017-2959304 or Text 011-19731291. Please nego till we let go. Like us on Facebook toooooo. Link ada dekat bawah ni, please. please and do please click like darling, I appreciate your kindness and support ! Spread the news :*


Terima kasih dan jangan lupa singgah sini lagi.
Byebye from si kerang, jazakallah.
Have a nice day lovely people ! <3


Tuesday, February 05, 2013

#29 supportive people

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum wbt
bonjour guys ! :)

ehemm. macam apa yang aku dah cakap dekat entry sebelum ni, 
terasa nak update blog kann. so here you are.
THE LATEST ENTRY :')

sebenarnye taktahu dah nak karang ayat macam mane. rasa macam tak pernah belajar bahasa melayu dekat sekolah. nak mula ayat first ni pun ambik masa berapa minit. haish rasanye budak budak degree kena ambik subject bahasa melayu kot dekat uni masing masing. baru rasa ada power bila berblogging guna bahasa ibunda sendiri. ape pun, hidup kena diteruskan, jari jemari kena terus menaip. kalau tak, takde lah new entry untuk blog usang ni :) so, lets continue readinggg. penat dah perah otak nak fikir ayat, nak menaip untuk kamu, kamu, dan kamu semua. herherrr,

back to the topic, i need your support guys. my sister and i just launched a small bussiness. baru nak bertatih, thus i really need your support darlings. we are selling ready stock items for girls / ladies / women. maklumlaa  student kan, nak kerja taktahu boleh bahagi masa mcm mane. a day full with classes. kalau sampai bilik sure cari katil, buat kuak lentang, tidur sampai lupa dunia. katanyeeee. tapi semua tu mmg betul. penat sangat, and kalau nak buat part time mmg rasanye lemah longlai badan ni nanti. tak cukup kuat lagi nak face up situation macam tu. therefore, we, sisters planned to earn money by selling clothes. 

Do like us on Facebook. we are appeared as Ladybird Closet :)
kenapa Ladybird? entah laa sebab rasa macam cute sangat binatang tu :*

boleh tak lepas ni kita tengok gambar je? boleh kann sayang? *nodding please* okay goood. Jom tengokk !

hand sketching. rasa macam comey sangat :D
RM 35
AVAILABLE
RM 35
RESERVED
RM35
AVAILABLE
RM 35
AVAILABLE
RM 35
SOLD OUT
RM 35
SOLD OUT
kain untuk tribal peplum ni lembut and sejuk, seriously sedap pakai. size : fit XS - L . 
harga as stated below the picture. postage untuk semenanjung tambah RM 5 sahaja.
please and do please nego the price till we let the items go to you ;)
if interested, uolls can whatsapp : 0172959304 or text : 01119731291

In a nutshell, supportive people, I need your help and kindly appreciated.
spread the news, insyaAllah bila kita tolong orang, Allah permudahkan jalan kita. ameen.
Thank you for reading, jazakallahu khairan kathira :)

Stay tuned for the next entry, babai ! <3


Monday, February 04, 2013

#28 betul betul


holla ladies and gentlemen !
assalamualaikum wbt :)

okayyy, kali ni betul betul nak update. rasa macam banyak jugak yang nak cerita ni. 
hehe i need time to edit this blog. rasa macam berhabuk, usang, and banyak sarang.
 nanti da siap kemas kemas sikit, ill update as soon as possible. 

interested to follow my new entry? good darling !
stay tuned okay ^^

psst, i love youuu ! Babai <3


Tuesday, January 29, 2013

#27 terasa



hyehye !

terasa nak sangat update blog ni
TAPI nak cakap pasal apa ??


Friday, December 21, 2012

#26 dotdotdot



Hye ! Assalamualaikum,

I've been sitting on this chair for hours. Struggling to finish up my Electric Circuit Fundamental assignment. Last minute task okay. Last minute, macam biasa laa. Kalau aku buat kerja memang selalu last minute. Unfortunately, bila click browser, first thing yang aku buat is clicking on TWITTER and FACEBOOK yang dah di bookmark-ed. Not searching for ECF thingy. Haish, serious ! Selalu menggugat keimanan benda berdua ni. 

ohh ehemm, actually i miss to write here 
*ade lagi ke orang bace? Herher, macam dah takde je*

Dah lama tak menulis panjang panjang, otak pun da karat nak create ayat even in Malay. Pity me -..- Disebabkan perasaan membuak buak nak menulis, so this is the latest entry. 
Nak balik rumah esok. Miss the scent of home. Miss the hug from lovely Ibu. I miss everything yang ade dekat Bangi. Sobsss, kalau fikir tak balik rumah. Memang dah menitis air mata ni. Dah nak dekat sebulan tak jejak rumah. Tsssk, sedih lagi T.T

Okay, dah mula melalut kan. Kerja tak siap lagi, and I have to settle this up before 8 am. Nak attend class Engineering Workshop pulak. Ya Allah, terasa kemalasan, tapiiiii esok last day Sem 1 before study week. So, KENA datang  jugak ! Mission to be accomplished is buat soldering sampai jadi. Please be nice to me okay :') 

To those yang masih baca blog berhabuk ni, a bunch of thanks ! Kalau rajin, nanti buat entry lain pulak. Take care guys, have a good day ! May God bless. Jazakallahu khairan kathira <3


Sunday, November 11, 2012

#25 setelah sekian lama


whooooppppsss, entry ke 25 wei !
ohh i managed to compose one setelah sebulan lebih.
ya Allah lamanye tinggal benda ni, sedihnye ;(
keinginan nak update selalu ada, cuma masa tak mengizinkan.

hye guys, assalamualaikum.
sorry for the long silence. 

aku taktahu nak cerita apa, tapi at least aku nak korang tahu aku ade lagi.
rindu gila wey, before degree selalu mengahadap benda ni je.
ohh, really miss that old time. boleh putarkan masa balik tak? ;(

pssst : aku rindu korang <3 take care darls !


Friday, September 28, 2012

#24 berhabuk


woot woot,
assalamualaikum 
fuhh berhabuk wehh blog nih,
malasnye nak update, tapi rindu nak membebel ;)

ohh my life is getting busy with : 
- tutorials -
- lab reports -
- loved one -
ehh loved one ? tipu je :) 

huhu so sick, berjimba lah aku dengan semua ni selama empat tahun.
what a life, what a mess, what is this, what is that. ohh, pity me -..-

chill lah kan, im walking the difficulties with a smile insyaAllah ;)
have a good day guys, may Allah bless ! <3

p/s : rindu orang jauh, take care Mr N :)


Tuesday, September 18, 2012

#23 aku nak jadi isteri kedua ;)


بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum, hye semua ! ;)

malam ni terasa nak share satu story.
a gooooooood one, serious tak tipu, hihi
it's from LayarMinda's blog. sooo, let's check it out bebeh ;)
thank you to Mr N sebab sudi bagi link dekat i, i loved this !
rasa macam nak tukar je watak dalam cerita ni , haha tapi tak jadi lah :D

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudikah Engkau menjadi Isteri Keduaku


Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya – ”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.


Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan,” jawab Fikri.

***

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
[QS al-Taubah 9:24]

done? alhamdulillah ;) 
last but not least, this is for you too dearest readers,
terima kasih sekali lagi Mr N ;)
ini sahaja untuk entry kali ni,kalau ada kekurangan mohon dimaafi.
niat di hati hanya ingin berkongsi ;) thanks for reading, have a good day guys !
Jazakallahu khairan kathira, i hope you are in HIS bless even in disguise.
Maassalamah wa ilal liqa' ;)

Pssst, to : cont. 9404
Message : take a good care, always :)


Friday, September 14, 2012

#22 cont. 9404 ;)


assalamualaikum, hye babes ! 
just a simply short entry before going back home tomorrow ;)

receiving a call few hours ago makes my heart beats abnormally.
terasa sebak di hati, tapi masih cuba kuatkan diri.
to dearest YOU : I just cant get enough ;)


i miss you, take care and night.
look at the time i publish this <3
it is 143 ;)


Wednesday, September 12, 2012

#21 same book, new chapter ;)


بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum,
hye babes, as i promised before,
here it goes Minggu Haluan Siswa UTeM sesi 2012/2013 ;)

haish, rasa malas nak menaip, hihi tengok gambar je lah kay even gambar tak cantik ;)
hihi bila lagi nak tengok gambar tak cantik kan, asyik gambar cantik cantik je weee :D
anda semua pon mesti dah malas nak baca bebelan si kerang yang panjang ni kan.
haha takpe, keep nodding. toksah risau, i faham apa yang anda rasa hihi ;)

nina and ira
le housemates, seems like mila was texting his boy :D
1 Malaysia :D
fara, ira, nina
 okayy, ini comel ! haha sory darlings,
 aku bukan photographer hebat, tu yg outcome jadi camni hihi 
psst, sebenarnya dorang takdelah sekecil mcm dalam gambar ni haha maaf :D 

dah macam gambar zaman dulu ;)
perasmian : YB Dato' Saifuddin
satu
in a blink of eye, i changed ;)
okay, time ni kena duduk depan sekali, haha the best moment is
 bila orang tengah bagi ceramah aku dengan nina tidur dengan selambanya. 
sampai ada fasi ambil gambar and kena kejut, hihi malu di situ >< 
malam kebudayaan :)
she's too excited watching the show :D
see the difference :D
just the lighting differs this picture with the previous one ;)
first outing, haha MYDIN je laa :D

 first thing first, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar even ada incident aku hilang spect dalam bas seusai solat isya di masjid but fortunately, masa balik hostel aku naik bas yang sama. just check the seats, mane tahu spect tu ade kan. and yess! kuasa Allah maha hebat. sesungguhnya tak dapat dinafikan. alhamdulillah, i found my spect back, syukur sangat sampai terasa nak peluk pakcik bas tu ;) hihi hiperbola kan, tapi that's the fact. itu yang aku nak buat time tu. kalau nak cerita pasal excited, memang excited lah kan. dalam bas tu jugak den dah menjerit :D hihi sakai je kan, do I care? winkwink ;)

haha ohh, nak kata jugak ramai nye budak matrik Selangor dekat UTeM ! =='
haha budak satu kuliah pon boleh tahan jugak ramainye, yang dulu tak pernah tegur pon,
kat sini bertegur. yang girls, bila borak bajet macam dah rapat gila je kan.
haha but it's okay, i love make friends <3 ;)

okay, tu je kot untuk kali ni. it's already late for me to have a night sleep and a nice dream :D
esok ade class pukul 8, ooww, macam mane ni? haha padan muka kau. nasib laaa.
okay guys, si kerang undur diri dulu ye ;) i wanna take a short nap.

Thanks for reading this entry my babes yang sangat cool !
Take care and have a great day, may Allah bless you ;)
Au revoir, love from Malacca <3 :*


Sunday, September 09, 2012

#20 namia ;)


"fuhhh, berhabuk blog. haha rindu nak update ! " ;)

hye assalamualaikum guys,
si kerang baru habis orientasi Minggu Haluan Siswa dekat UTeM.
whaaaatt, you no ever heard bout UTeM? sedih i haha sobsobss :D
UTeM stands for Universiti Teknikal Malaysia Melaka darlings.
 the first technical university in Malaysia. heuheu bangga jap ;) hihi
ohh have a look at this. ni lah tempat i berorientasi sepanjang minggu ni.
2nd sept till 7th sept. lama kan? haha tapi normal lah tu ;)

Dewan Besar UTeM yang best ;)
sumber : pakcik Google 

alhamdulillah, everything went fine.
Better than orientation week dekat Kolej Matrikulasi Selangor :D
ehh tapi takde kena mengena dengan tajuk kan? haha
cepat ! tengok balik ape tajuk entry ;)
hihi saya sangat rindu dengan NAMIA ! <3

what is namia? who is namia? why si kerang rindu namia je? kenapa tak rindu yang lain?
haha kita berteka teki ye. one fine day i'll tell you namia tu ape, insyaAllah ;)
do follow or stalk me up kay guys? :D *bajet famous hihi*

ehemmm, tu je kot yang nak diupdate untuk entry kali ni,
next entry insyaAllah i compose untuk Minggu Haluan Siswa (MHS) UTeM sesi 2012/2013.
promise me you will stay tuned for the next entry kay darlings?
if you do so, i love you! peluk ketat ketat. kasi cium sekali, haha muahhh :* <3

before publishing this entry, nahh. this is for you all ;)
have a good day guys ! take care, love from Malacca.
Thanks for reading this entry ! ;) byebye

promote Matrik Selangor dekat UTeM ;)
she is my bestfriend also my roommate <3

pssssst : NAMIA, im sitting here thinking about how much i miss you. Kbai  ! :D