Wednesday, November 06, 2013

#37 adik adik


Bukan senang untuk aku nak lupa segala kenangan pahit , kenangan manis sepanjang lima tahun aku duduk hostel. Hostel aku bukanlah segah asrama asrama lain macam bebudak sekolah SBP, MRSM, TKC, MCKK and others. In fact, lebih kurang sama je lifestyle budak budak asrama ni. Dah kata duduk asrama, cuma asrama kami ni macam specified untuk budak budak yang tak berapa nak pandai sebab kami asrama harian. Choi, diskriminasi betul.

Ehh. Emosi pulak. Haha saje intro nak bagi poyo sikit. Kikiki

Ahhh, rindunya nak berblogging !
Berhabuk debu, sawang, lalang semuanya ada !

Kesian kau wahai encik blog yang disayangi; tempat luahan hati hamba yang paling tak pernah berpaling diri.
Tuan tak layan pun masih ada kekal menanti. Sebab tu aku rindu kau lebih dari rindu si buah hati. Cewahh.
Haha dah mula meroyan sebab dekat rumah takde member nak ajak borak. Ade adik pun lelaki.
Nak bergosip buat tak layan aje. Huh , sakit pulak hati kita.

Back to my intention yang tetiba composing new entry. Pelik jugak aku sebab mampu menaip tanpa berfikir panjang sangat. Sebenarnya, niat aku nak wish bebudak yang nak SPM esok je. Teringat juniors aku yang kat hostel tu. Ehh tak. Sebenarnya aku rindu nak hidup kat hostel. Ehh bukan jugak. Sebenarnya aku rindu kawan kawan aku ;( Ahhh, emosi lagi.

Maka, nah akak buat untuk korang budak budak kecik. Especially for you orang kata. All the best juniors ! Kalau korang tak ingat akak, akak sedih sampai tujuh keturunan. Sampai hati. Failed jawab paper. Haha takdelah, joking ;)


Psst : Akak rindu lah nak marah korang. Ahahahaha. Okay, babai semua ! :*


Monday, June 03, 2013

#36 study week


Assalamualaikum.

Bismilllah. Just a short entry to tell all of you that I'm still exist. Nak update blog, tapi tak tahu nak cerita pasal ape. Memandangkan minggu ni dah start study week, lagi lah bertambah busy. Too many to read and revise before seating for second semester final exam. Sem ni je 20 credit hours, sem depan pun same. Terkejar kejar mencari masa tu perkara biasa. Tapi masih tak cukup :(

Minta jasa baik kalian mendoakan yang terbaik untuk diri ini. Permudahkan urusan untuk jawab semua killer papers. Dan yang penting lepas untuk berjuang untuk semester tiga nanti. Terima kasih. Tidak lupa juga mohon maaf dipinta sekiranya ada terkasar bahasa atau terlepas bicara hingga terguris hati sehingga luka. Sepuluh jari disusun tanda mohon kemaafan. Semoga hari anda ceria sentiasa. May Allah bless.


*mohon doa kalian untuk kesejahteraan ibu yang tengah admit dekat hospital. terima kasih*

Jazakalllah.


Saturday, April 27, 2013

#35 fine



Am I doing fine here? 
Yes, I do.
................................

Ohh no, I'm NOT.
It was a hectic week for me.
Semua benda yang buat, semua tak kena.

Short. Simple and precise;
:: I NEED MY FAMILY ::


p/s :  ape sebenarnye ujian kali ni ?
ShafiqahNadira